Saturday, December 10, 2011

Mari tengok peta...


Hmmm...menghitung hari, detik demi detik...
Ngak sabar deh mau keliling Bandung...huhuhu
Harap2 percutian kali ni amat bermakna dan 'berharga'...hehe

Tiket...siap
Tempah penginapan...siap
Tukar duit...siap
Tinggal berangkat jak :-)

Friday, February 26, 2010

"AMALAN PESEKITARAN BERKUALITI (5S)"

APA ITU 5S?

5S merupakan satu amalan budaya dalam masyarakat Jepun. Mula diperkenalkan di Singapura pada tahun 1986 dan telah diamalkan dengan jayanya di sana. Amalan ini ke mudiannya dipraktikkan diMalaysia,Thailand, Korea, China, India, Indonesia, Sri Lanka, Russia, Hungry, Poland, Bulgaria, Colombo, Uruguay, Brazil, Costa Rica dan Mexico

5S ialah singkatan kepada perkataan Jepun iaitu:

SEIRI ertinya SISIH
SEITON ertinya SUSUN
SEISO ertinya SAPU
SEIKETSU ertinya SERAGAM
SHITSUKE ertinya SENTIASA AMAL

Tuesday, February 16, 2010

Jom Tangani Stres - Punca Stres

Punca Dalam Diri
*Pengalaman Zaman Kanak-kanak
*Perwatakan / Personaliti
*Keyakinan dan harga diri yang rendah
*Dilema dalam membuat pilihan


Punca Luaran
*Stres perkahwinan dan rumah tangga
*Stres keibubapaan
*Perhubungan interpersonal yang bermasalah
*Bebanan kewangan
*Penyakit kronik
*Cabaran kehidupan di kota atau di bandar
*Stres di dalam pekerjaan
*Peristiwa dalam kehidupan

Sunday, February 14, 2010

Hilangkan Sifat Lupa


"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Yang Amat Pemurah, lagi Amat Mengasihani. Yang menguasai pemerintahan hari pembalasan (hari akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) yang kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat." (Surah Al-Fatihah : 1-7)

Caranya:
Tuliskan Surah Al-Fatihah itu pada gelas atau piring atau cawan yang bersih. Kemudian sapukan tulisan itu dengan air supaya terhapus. Selepas itu beri minumlah air itu kepada orang yang sering lupa secara berulang kali.

Sunday, December 20, 2009

Jom Tangani Stres

Fakta Mengenai Stres...

* Stres adalah satu tindak balas fizikal, emosi dan mental kepada peristiwa dalam kehidupan.

* Stres berlaku apabila saya risau atau rasa tidak selesa terhadap sesuatu peristiwa.

* Stres boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tidak mengira umur, jantina, bangsa atau agama.